BOMBA 10s 2025 – Kejohanan Ragbi Berprestij Kembali!
Bersiap sedia untuk kehangatan aksi padang!
Padang Polo, Georgetown, Pulau Pinang bakal bergema dengan sorakan dan semangat kesukanan apabila pasukan ragbi terbaik dari seluruh negara berentap dalam Kejohanan BOMBA 10s 2025!
📍 *Lokasi:* Padang Polo, Georgetown, Pulau Pinang
📅 *Tarikh:* 30 Mei – 1 Jun 2025
### *Penganjur:*
* Kelab Ragbi BOMBA Malaysia
* Majlis Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan BOMBA Malaysia (MASKEB)
* Persatuan Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan BOMBA Pulau Pinang
### *Dengan kerjasama:*
* Kelab Ragbi Penang All Blues
* Redza Brothers Enterprise
### *Dengan kelulusan:*
* Malaysia Rugby
* Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian (BSKK), KPM
—
## *Kategori Pertandingan:*
Pertandingan kali ini menampilkan pelbagai kategori menarik yang bakal mencuri tumpuan:
🏉 *Kategori BOMBA* – Pertandingan antara kontinjen BOMBA negeri seluruh Malaysia (14 Pasukan)
🏉 *12TKB Lelaki (Ragbi Rimau 7’s)* – 8 Pasukan
🏉 *15TKB Lelaki* – 16 Pasukan
🏉 *17TKB Lelaki* – 16 Pasukan
🏉 *16TKB Wanita (Mini 10’s)* – 5 Pasukan
🏉 *Veteran (Mini 10’s)* – 4 Pasukan
—
## *Ikuti Kejohanan Secara Langsung!*
Semak *jadual perlawanan & keputusan* secara langsung melalui aplikasi rasmi kejohanan:
👉 [Klik di sini untuk Jadual & Keputusan](https://www.tournifyapp.com/live/bomba10s2025)
—
## *Marchandise Rasmi*
Dapatkan barangan eksklusif daripada *Kelab Ragbi BOMBA* dan *T-shirt kejohanan edisi khas* daripada *Torpedo* semasa kejohanan!
👉 [Klikdi sini untuk ke Shop](#)
—
## *Ayuh Gegarkan Padang Polo!*
Mari beramai-ramai memeriahkan kejohanan ini – bawa keluarga dan rakan-rakan, raikan semangat ragbi dan sokong pasukan kegemaran anda!
*Satu padang, satu semangat, satu BOMBA!* 🏆🔥